aku pernah miskin, papa kedana tapi masih lagi mencari harta. aku pernah berduka hiba, penuh sengsara namun masih lagi kenal akan erti cinta dan gembira. aku tahu erti porak poranda, gundah gulana tapi masih mampu terangkat dan bangun semula.
aku ingin mengambil kesempatan ini untuk meluah segala rasa keikhlasan dan sanjungan terhadap sekolompok rakan yang mengenali diri ini. mungkin, mungkin tanpa kehadiran, senyuman, gelak tawa dan keikhlasan untuk mengharungi hidup bersama2, aku tak sanggup nak mengharungi keesokkan hari... dan mungkin, mungkin aku tak sempat untuk menjalani hidup pada masa depan kerana keizinanNya. terima kasih kerana kehadiran kamu semua.

penting sekali, terima kasih mama... terima kasih shaliza... hidup ini mungkin kurang manis tanpa kamu berdua. alhamdulillah."
- 14 november 2005


